Monday, 3 March 2014

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary



Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah seorang usahawan yang banyak melakukan kerja-kerja amal. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum menetap di Kedah, bapanya menggembara ke Asia Tengah untuk berniaga. Sehingga pada tahun 40-an baru mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah.
            Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah andk yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggalah rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan yang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Walaupun sedemikian, keadaan sedemikian menjadi pendorong untuk memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkan bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,00 orang pelajar mendapat faedah daripada progam tersebut.
            Pendidikan Tan Sri Syed Mokhtar mula persekolahan di Alor Setar semasa 9 tahun. Beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hingga ke tingkatan dua. Kemudaian kembali ke kampung halaman dan sambung persekolahan hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal. Beliau tidak menyambung pelajaran hingga peringkat universiti. Namun, ia tidak bermakna beliau tidak mempunyai ilmu. Kebanyakan ilmu perolehi semasa beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

            Disebabkan keadaan yang kurang kemampuan beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjual di pasar Telok Wanjah dan masa yang sama beliau menjual roti canai di pasar yang sama. Sewaktu masa rehat ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu rehat, beliau akan memelihara haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api di Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa menjalankan kerja-kerja tersebut.
            Pada tahun 1970an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetus wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh selantan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua ternakan mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar ambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi libat diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.
            Beliau pergi dari pecan ke pecan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau juga membungkus daging itu bersama ais dan menjualny kepada peniaga Bumiputera dan restoran di sekitar Alor Setar. Beliau Berjaya dalam perniagaan itu dan manambah keyakinan untu kmaju dalam dunia perniagaan.  Selepas perniagaan menjual daging, beliau menceburi perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau Berjaya mendapat permit empat buah lori Kelas A dan mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM 110,000 daripada MARA bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.
            Seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, beliau membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya.
            Pada tahun 1974, Tan Siri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wanjah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lessen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Perbadanan Kamajuan Ekonomi Negeri Johor.
            Perniagaan terus berkembang kepada komoditi lain iaitu gula. Melalui Bukhary Sdn Bhd pendapatan tahunan Bukhary Sdn Bhd mencecah RM 250,000. Setelah setahun menjalankan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn Bhd pada tahun 1977. Ia ditubuh khas untuk mendapat kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn Bhd dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuah hasil juga.
            Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn Bhd pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51% kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk dipasarkan dengan jemana Fernleaf dan Anchor.
            Strategi Tan Sri Syed Mokhtar semasa tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, beliau menjalankan sistem barter dengan menukar kokonya dengan the dari China. Perbezaannya sistem barter sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal.
            Ekoran kejayaannya mendapat kontrak pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian pertahanan. Kontrak itu adalah membekal 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Beliau mula mencari pembekal setelah mendapat kontrak tersebut. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang. Setelah itu, beliau membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat iaitu Amtek Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Ia merupakan syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.
            Sehingga perniagaan pakaian masih tidak cukup, beliau juga bergiat dalam kegiatan perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkan dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta. Kapal diberi nama Angsa Mas digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walaupun mengalami kerugian menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD 600,000, terpaksa menanggung kerugian sebanyak USD 400,000.
            Pada masa yang sama, beliau mula mambabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
            Beliau juga terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn Bhd dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM 330 juta. Johor Tenggera Oil Palm Sdn Bhd pula dibelinya pada RM 135 juta. Melalui syarikat ini beliau berjaya dalam projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn Bhd. Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd serta syarikat Perancis Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah 49%.
            Setelah itu, beliau membeli MMC Corporation iaitu syarikat kejuteraan pada harga RM 3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar memiliki 22.7% pegangan dalam Malakaoff Berhad iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20% pegangan IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. 18% dalam BERNAS dan 32% dalam Pernas International Holdings Berhad. Manakala 18.7% dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barabgan elektronik serta 100% kepentingan dalam MPH syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
            Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary adalah untuk membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Ia ditubuhkan pada Mac 1996. Antara objektif utama adalah menggalakkan persaudaraan sesame Islam. Ia terdiri daripada dua bahagian di mana satu bahagian menjalankan kerja kebajikan manakala satu lagi bahagian menguruskan dana daripada setiap syarikat Tan Sri Syed Mokhtar.
Antara projek tang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary bernila RM 400 juta di Kedah. Kompleks itu bermain peranan dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, wumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
            Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM 7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, pusat pengajian Islam yang terkenal di dunia. Ia juga membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Intitut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM 1.67 bilion.
             


            

2 comments:

  1. Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary is the richest Bumiputra corporate figure in Malaysia!! Thank you for sharing his story^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog ini telah menarik perhatian saya untuk membaca. Informasi yang lengkap ini telah meningkatkan ilmu pengetahuan saya tentang Tan Sri Syed Moktar...

      Delete