Tan Sri Anthony Francis Fernandes
Beliau lahir 30 April
1964; juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia
dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan
tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik
kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan
AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat
awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian
Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan
Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut,
negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia
dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.
Pra-masa pengusahaan
Fernandez ialah seorang bangsa Goa
bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Ibubapanya ialah Dr. Stephen Edward Fernandes (meninggal), dan Ena Dorothy
Fernandes. Pada masa muda lagi, dia sentiasa mengikut ibunya, seorang peniaga,
ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware. Selepas mendapat ijazah universiti
daripada London School of Economics pada tahun 1987, dia bekerja sebentar
dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit, dan seterusnya dari tahun 1987
sehingga tahun 1989, dia menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records,
sebuah syarikat Richard Branson di London.
Sewaktu kembali ke Malaysia pada
umur 27, dia menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia)
Sdn Bhd.Selanjutnya dari tahun 1992 sehingga 2001, dia menjadi naib presiden
Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music. Pada masa Time Warner
Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes meninggalkan syarikatnya bagi
mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang
rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.
Pelancaran AirAsia
Adalah melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat
peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia,
sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat
kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang
terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa
apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes
supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada
menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan
keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga
seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang
Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.
Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September,
2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian
penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes
telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang
berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat
AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu
menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian.
Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa
perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek.
Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan
sebanyak 130 peratus.
Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli
syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal
terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman
boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di perindustrian
penerbangan. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut
tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam
keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair
yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika
Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia.
Ferdandes membilang bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang
rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula
tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada
penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang.
Pencapaian dan anugerah
Pencapaian
Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah
syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum dia memasuki perindustrian ini,
negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang
persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah
meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara
Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaaan
dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk
syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.
Ferdandes
juga berjaya merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui
penerbangan tambang rendah. Sekarang, terdapat beberapa syarikat penerbangan
tambang rendah di wilayah ini, iaitu:
·
Tiger Airways,
sebuah syarikat Singapura yang dimiliki oleh Singapore Airlines;
·
Penggabungan syarikat Valuair dari Singapura, dengan JetStar yang dimiliki oleh Qantas Airways dari Australia;
·
Nok Air, sebuah syarikat Thailand; dan
·
Lion Air,
sebuah syarikat Indonesia.
Fernandes
telah menerima banyak anugerah, termasuknya:
·
"Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan
Kepimpinan" (Visionaries & Leadership Series) oleh International Herald Tribune,
sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang
di syarikat AirAsia;
·
"Ketua Syarikat Malaysia bagi
Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 — sejenis
anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan
pengusaha di Malaysia oleh American
Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan
kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya
di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia;
·
"Pengusaha Baru Malaysia Yang
Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia
2003) pada tahun 2004;
·
"25 Bintang Asia" (25
Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005.
No comments:
Post a Comment