ROBERT KUOK
Robert Kuok digelar
sebagai Raja Gula di Malaysia yang menjadikan beliau seorang billionaire.
Keluarga Robert Kuok berasal dari wilayah Fujian, China. Beliau adalah seorang
yang rajin, peramah, pintar dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Walaupun
memiliki empayar perniagaan yang begitu luas, beliau tetap merendah diri dan
tidak bongkak dengan kejayaan yang diraihnya. Beliau juga adalah dermawan yang
sebahagian daripada hartanya disumbangkan bagi tujuan kebajikan.
Di Malaysia, beliau
menubuhkan Kuok Foundation Berhad, iaitu organisasi yang memberikan bantuan
geran dan derma bagi tujuan pendidikan dan perubatan. Beliau juga memetingkan
kejujuran, kesetiaan dan disiplin serta komitmen yang tidak berbelah bahagi.
Baginya, itu merupakan kunci demi mencapai kecemerlangan.
Penglibatan
dalam perniagaan
Bermula
dengan penubuhan Kuok Brothers Sdn Bhd pada 1 April 1949 bagi mengambil alih
perniagaan jual beli yang diasaskan oleh bapanya, Keng Kang di Johor Bahru.
Bapanya mengasaskan TongSeng & Company dan memperoleh lessen daripada
Sultan Johor bagi menjalankan perniagaan jual beli.
Dengan
pertolongan beberapa orang pemimpin Melayu, Tong Seng & Company muncul
sebagai syarikat pembekal beras, gula dan tepung gandum yang disegani. Keng
Kang diberi kontrak melalui pihak tentera British bagi membekalkan beberapa
jenis barang keperluan kepada 50,000 orang tahanan perang jepun.
Robert
mula berniaga secara besar-besaran selepas Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun
1958, Robert mengasaskan Malaysia Sugar Manufacturing Company bersama-sama
dengan Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Nissin Sugar Manufacturing.
Empat
tahun kemudian, Robert mengasaskan syarikat penapisan gula yang pertama di
Malaysia iaitu Malayan Sugar Manufacturing. Syarikatnya itu diberikan beberapa
kemudahan dan status monopoli oleh pihak kerajaan. Robert Kuok telah wujud
lading tebu yang pertama di Malaysia melalui Perlis Plantation. Ladang itu
terletak di atas tanah kerajaan dan adalah projek usaha sama antara syarikatnya
dengan FELDA.
Pada
era 70an, Robert membuka banyak lagi lading tebu di Indonesia, menjadikannya
antara pengilang gula yang terbesar di dunia. Pada masa itu, syarikatnya hanya
tertumpu kepada jual beli beras, gula dan tepung gandum.
Perniagaan Terus Berkembang
Pengurusannya
membolehkan perniagaan terus berkembang. Kuok brothers kini memiliki pegangan
yang besar dalam beberapa syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala
Lumpur. Antaranya adalah Jerneh Asia Berhad, Pelangi Berhad,FMM Berhad, PBB Group
Berhad dan PBB Oil Palms Berhad. Tumpuan Kumpulan Kuok kini adalah bagi menjadi
syarikat multinasional yang unggul di
kawasan Asia Pasifik.
Pada
tahun 1974, Robert memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong
Kong atas sebab-sebab cukai dan juga mengembangkan perniagaannya ke luar
Negara. Operasi perniagaan Kumpulan Kuok terus berkembang ke sektor pembuatan
dan perkhidmatan.
Di
Hong Kong, Robert mengasaskan Kerry Trading Company dan mengembangkan ruang
lingkup perniagaannya ke sektor media dan hartanah. Kerry Trading Company kini
menguasai 10 buah syarikat tersenarai dalam bursa saham Hong Kong.
Melalui South China
Morning Post pula, Robert mengambil alih TVE Holdings iaitu syarikat yang
terlibat dalam perniagaan hartanah, hiburan, barangan runcit dan penerbitan.
Beliau membelinya pada harga RM570 juta pada tahun 1996.
Dari Hong Kong, Robert
mengembangkan lagi empayar perniagaannya ke China dan menceburkan diri dalam
industry pembanguna hartanah, perhotelan, perdagangan dan juga perkilangan
melalui usaha sama dengan Coca-cola. Robert tidak berhenti setakat di Hong Kong
dan China.
Beliau mengembangkan
perniagaannya ke Indonesia pada tahun
1960-an dan Filipina pada tahun 1980-an. Robert juga adalah orang Asia pertama
yang berjaya mewujudkan rangkaian hotel lima bintang iaitu Hotel Shangri-La.
Tanggungjawab
kepada syarikat lain
Robert pernah membantu
mengasaskan syarikat penerbangan pertama Malaysia, Sistem Penerbangan Malaysia
Berhad atau MAS pada lewat tahun 60-an. Pada tahun 1968 pula, Robert terbabit
sama dalam mengasaskan syarikat perkapalan pertama Malaysia iaitu Malaysian
Shipping Line Corporation yang kini dekenali sebagai Malaysia International
Shipping Corporation Berhad atau MISC.
Rahsia kejayaan
Antara rahsia kejayaan
beliau adalah hubungan beliau yang baik dengan semua pihak, termasuk
usahawan-usahawan Cina. Beliau menjalin hubungan kerjasama yang begitu
erat dengan usahawan-usahawan Cina
terkenal seperti Liem Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li Ka Shing dan lain-lain.
Selain itu, kekuatan
empayar perniagaan Robert Kuok terletak pada kerjasama erat antara ahli
keluarganya. Kumpulan Kuok adalah syarikat milik keluarga yang kukuh dan
stabil.
Kini, Robert banyak
menyerahkan tugas kepada cucunya dan Kumpulan Kuok diurus oleh generasi ketiga
keluarga Kuok dengan dibantu oleh satu kumpulan pengurusan yang professional.
Anak sulungnya, Beau
Kuok Khoon Chen menguruskan perniagaan hotel, hartanah dan pengilangan Kumpulan
Kuok. Anak bongsunya Khoon Ean adalah Pengarah Eksekutif South China Morning
Post dan menguruskan kepentingan Kumpulan Kuok di Malaysia dan Singapura. Anak
saudaranya, Khoon Ho dan Khoon Loong menguruskan perniagaan kumpulan itu di
Filipina dan Indonesia.

Robert Kuok is such a great entrepreneur! Thank you for sharing with us :)
ReplyDelete