Kejayaan Keusahawan
Tujuan saya menulis blog iniadalah untuk memenuhi syarat tugasan BPME 2013 Kemahiran dan Gelagat Keusahawanan. Tiga tokoh keusahawanan yang saya pilih ialah Tan Sri Anthony Francis Fernandis, Robert Kuok dan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.
Monday, 24 March 2014
AirAsia boss lets rip at Malaysian Airlines, aviation authorities
Flamboyant AirAsia boss Tony Fernandes savaged state-backed flag carrier Malaysian Airlines and the nation's aviation authorities on Wednesday, accusing them of mismanagement that was harming the travelling public.
KUALA LUMPUR: Flamboyant AirAsia boss Tony Fernandes savaged state-backed flag carrier Malaysian Airlines (MAS) and the nation's aviation authorities on Wednesday, accusing them of mismanagement that was harming the travelling public.
The budget airline mogul posted the comments on his Twitter feed a day after fierce rival MAS announced it had lost a whopping 1.17 billion ringgit ($355 million) in 2013.
"AirAsia Allstars, take a bow. Malaysia Airlines lost over a billion," Fernandes tweeted.
"So much money wasted. If people were more efficient Malaysians would spend less on travel."
Fernandes bought ailing AirAsia in 2001, quickly turning it around with his no-frills, low-fare formula.
AirAsia has put severe pressure on inefficient MAS, which analysts say is hampered by poor management, bloated and demanding unions and government interference.
On Tuesday, MAS also reported its fourth straight quarterly loss and warned of a "challenging" year ahead.
The airline has bled money in recent years and announced a series of turnaround plans, but the poor earnings have continued.
"I wonder if it's fair that Malaysia Airlines can lose so much money and protect its market share. Can only do that with taxpayers money," Fernandes tweeted.
The outspoken Fernandes also took aim at Malaysian regulators, implying they were seeking to hinder MAS' competition.
"Imagine how many jobs AirAsia could have created if (there was) effective regulation. We have done amazing. Unbelievable. Despite all the roadblocks," he said.
The two airlines briefly buried the hatchet in 2011, when Fernandes agreed to a strategic tie-up aimed at helping to revive struggling MAS.
The deal was called off just months later, with Fernandes faulting "massive" MAS union resistance to reform and hinting at deep problems in the rival airline.
AirAsia is currently at odds with government-controlled airport operator Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB) over a two-year delay and cost overruns in the construction of a new budget terminal outside the capital Kuala Lumpur.
AirAsia is set to be the main presence at the facility. Its current opening date is May 2 but recent media reports have suggested it may yet be pushed back again.
Fernandes said MAHB "spends double what it could".
AirAsia, which has some of the lowest unit costs in the world, has raked in business awards and accolades over the years, while expanding aggressively.
AirAsia reported its net profit fell by $11 million in the third quarter of 2013, mostly on foreign-exchange movements. It will report full-year results at the end of February.
Saturday, 8 March 2014
Tan Sri Anthony Francis Fernandes
Beliau lahir 30 April
1964; juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia
dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan
tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik
kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan
AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat
awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian
Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan
Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut,
negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia
dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.
Pra-masa pengusahaan
Fernandez ialah seorang bangsa Goa
bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Ibubapanya ialah Dr. Stephen Edward Fernandes (meninggal), dan Ena Dorothy
Fernandes. Pada masa muda lagi, dia sentiasa mengikut ibunya, seorang peniaga,
ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware. Selepas mendapat ijazah universiti
daripada London School of Economics pada tahun 1987, dia bekerja sebentar
dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit, dan seterusnya dari tahun 1987
sehingga tahun 1989, dia menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records,
sebuah syarikat Richard Branson di London.
Sewaktu kembali ke Malaysia pada
umur 27, dia menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia)
Sdn Bhd.Selanjutnya dari tahun 1992 sehingga 2001, dia menjadi naib presiden
Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music. Pada masa Time Warner
Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes meninggalkan syarikatnya bagi
mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang
rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.
Pelancaran AirAsia
Adalah melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat
peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia,
sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat
kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang
terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa
apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes
supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada
menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan
keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga
seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang
Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.
Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September,
2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian
penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes
telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang
berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat
AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu
menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian.
Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa
perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek.
Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan
sebanyak 130 peratus.
Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli
syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal
terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman
boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di perindustrian
penerbangan. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut
tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam
keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair
yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika
Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia.
Ferdandes membilang bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang
rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula
tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada
penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang.
Pencapaian dan anugerah
Pencapaian
Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah
syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum dia memasuki perindustrian ini,
negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang
persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah
meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara
Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaaan
dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk
syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.
Ferdandes
juga berjaya merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui
penerbangan tambang rendah. Sekarang, terdapat beberapa syarikat penerbangan
tambang rendah di wilayah ini, iaitu:
·
Tiger Airways,
sebuah syarikat Singapura yang dimiliki oleh Singapore Airlines;
·
Penggabungan syarikat Valuair dari Singapura, dengan JetStar yang dimiliki oleh Qantas Airways dari Australia;
·
Nok Air, sebuah syarikat Thailand; dan
·
Lion Air,
sebuah syarikat Indonesia.
Fernandes
telah menerima banyak anugerah, termasuknya:
·
"Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan
Kepimpinan" (Visionaries & Leadership Series) oleh International Herald Tribune,
sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang
di syarikat AirAsia;
·
"Ketua Syarikat Malaysia bagi
Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 — sejenis
anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan
pengusaha di Malaysia oleh American
Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan
kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya
di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia;
·
"Pengusaha Baru Malaysia Yang
Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia
2003) pada tahun 2004;
·
"25 Bintang Asia" (25
Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005.
Tuesday, 4 March 2014
ROBERT KUOK
Robert Kuok digelar
sebagai Raja Gula di Malaysia yang menjadikan beliau seorang billionaire.
Keluarga Robert Kuok berasal dari wilayah Fujian, China. Beliau adalah seorang
yang rajin, peramah, pintar dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Walaupun
memiliki empayar perniagaan yang begitu luas, beliau tetap merendah diri dan
tidak bongkak dengan kejayaan yang diraihnya. Beliau juga adalah dermawan yang
sebahagian daripada hartanya disumbangkan bagi tujuan kebajikan.
Di Malaysia, beliau
menubuhkan Kuok Foundation Berhad, iaitu organisasi yang memberikan bantuan
geran dan derma bagi tujuan pendidikan dan perubatan. Beliau juga memetingkan
kejujuran, kesetiaan dan disiplin serta komitmen yang tidak berbelah bahagi.
Baginya, itu merupakan kunci demi mencapai kecemerlangan.
Penglibatan
dalam perniagaan
Bermula
dengan penubuhan Kuok Brothers Sdn Bhd pada 1 April 1949 bagi mengambil alih
perniagaan jual beli yang diasaskan oleh bapanya, Keng Kang di Johor Bahru.
Bapanya mengasaskan TongSeng & Company dan memperoleh lessen daripada
Sultan Johor bagi menjalankan perniagaan jual beli.
Dengan
pertolongan beberapa orang pemimpin Melayu, Tong Seng & Company muncul
sebagai syarikat pembekal beras, gula dan tepung gandum yang disegani. Keng
Kang diberi kontrak melalui pihak tentera British bagi membekalkan beberapa
jenis barang keperluan kepada 50,000 orang tahanan perang jepun.
Robert
mula berniaga secara besar-besaran selepas Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun
1958, Robert mengasaskan Malaysia Sugar Manufacturing Company bersama-sama
dengan Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Nissin Sugar Manufacturing.
Empat
tahun kemudian, Robert mengasaskan syarikat penapisan gula yang pertama di
Malaysia iaitu Malayan Sugar Manufacturing. Syarikatnya itu diberikan beberapa
kemudahan dan status monopoli oleh pihak kerajaan. Robert Kuok telah wujud
lading tebu yang pertama di Malaysia melalui Perlis Plantation. Ladang itu
terletak di atas tanah kerajaan dan adalah projek usaha sama antara syarikatnya
dengan FELDA.
Pada
era 70an, Robert membuka banyak lagi lading tebu di Indonesia, menjadikannya
antara pengilang gula yang terbesar di dunia. Pada masa itu, syarikatnya hanya
tertumpu kepada jual beli beras, gula dan tepung gandum.
Perniagaan Terus Berkembang
Pengurusannya
membolehkan perniagaan terus berkembang. Kuok brothers kini memiliki pegangan
yang besar dalam beberapa syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala
Lumpur. Antaranya adalah Jerneh Asia Berhad, Pelangi Berhad,FMM Berhad, PBB Group
Berhad dan PBB Oil Palms Berhad. Tumpuan Kumpulan Kuok kini adalah bagi menjadi
syarikat multinasional yang unggul di
kawasan Asia Pasifik.
Pada
tahun 1974, Robert memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong
Kong atas sebab-sebab cukai dan juga mengembangkan perniagaannya ke luar
Negara. Operasi perniagaan Kumpulan Kuok terus berkembang ke sektor pembuatan
dan perkhidmatan.
Di
Hong Kong, Robert mengasaskan Kerry Trading Company dan mengembangkan ruang
lingkup perniagaannya ke sektor media dan hartanah. Kerry Trading Company kini
menguasai 10 buah syarikat tersenarai dalam bursa saham Hong Kong.
Melalui South China
Morning Post pula, Robert mengambil alih TVE Holdings iaitu syarikat yang
terlibat dalam perniagaan hartanah, hiburan, barangan runcit dan penerbitan.
Beliau membelinya pada harga RM570 juta pada tahun 1996.
Dari Hong Kong, Robert
mengembangkan lagi empayar perniagaannya ke China dan menceburkan diri dalam
industry pembanguna hartanah, perhotelan, perdagangan dan juga perkilangan
melalui usaha sama dengan Coca-cola. Robert tidak berhenti setakat di Hong Kong
dan China.
Beliau mengembangkan
perniagaannya ke Indonesia pada tahun
1960-an dan Filipina pada tahun 1980-an. Robert juga adalah orang Asia pertama
yang berjaya mewujudkan rangkaian hotel lima bintang iaitu Hotel Shangri-La.
Tanggungjawab
kepada syarikat lain
Robert pernah membantu
mengasaskan syarikat penerbangan pertama Malaysia, Sistem Penerbangan Malaysia
Berhad atau MAS pada lewat tahun 60-an. Pada tahun 1968 pula, Robert terbabit
sama dalam mengasaskan syarikat perkapalan pertama Malaysia iaitu Malaysian
Shipping Line Corporation yang kini dekenali sebagai Malaysia International
Shipping Corporation Berhad atau MISC.
Rahsia kejayaan
Antara rahsia kejayaan
beliau adalah hubungan beliau yang baik dengan semua pihak, termasuk
usahawan-usahawan Cina. Beliau menjalin hubungan kerjasama yang begitu
erat dengan usahawan-usahawan Cina
terkenal seperti Liem Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li Ka Shing dan lain-lain.
Selain itu, kekuatan
empayar perniagaan Robert Kuok terletak pada kerjasama erat antara ahli
keluarganya. Kumpulan Kuok adalah syarikat milik keluarga yang kukuh dan
stabil.
Kini, Robert banyak
menyerahkan tugas kepada cucunya dan Kumpulan Kuok diurus oleh generasi ketiga
keluarga Kuok dengan dibantu oleh satu kumpulan pengurusan yang professional.
Anak sulungnya, Beau
Kuok Khoon Chen menguruskan perniagaan hotel, hartanah dan pengilangan Kumpulan
Kuok. Anak bongsunya Khoon Ean adalah Pengarah Eksekutif South China Morning
Post dan menguruskan kepentingan Kumpulan Kuok di Malaysia dan Singapura. Anak
saudaranya, Khoon Ho dan Khoon Loong menguruskan perniagaan kumpulan itu di
Filipina dan Indonesia.

Monday, 3 March 2014
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
Tan Sri Syed
Mokhtar al-Bukhary adalah seorang usahawan yang banyak melakukan kerja-kerja
amal. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya
berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum menetap di Kedah, bapanya menggembara
ke Asia Tengah untuk berniaga. Sehingga pada tahun 40-an baru mengambil
keputusan menetap di Alor Setar, Kedah.
Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik
dan dia adalah andk yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang serba
kekurangan hinggalah rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan yang tidak
mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Walaupun sedemikian, keadaan sedemikian
menjadi pendorong untuk memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu
program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkan bagi menyumbang
ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,00 orang pelajar mendapat faedah daripada
progam tersebut.
Pendidikan Tan Sri Syed Mokhtar mula persekolahan di Alor
Setar semasa 9 tahun. Beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa
saudaranya Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hingga ke
tingkatan dua. Kemudaian kembali ke kampung halaman dan sambung persekolahan
hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal. Beliau tidak menyambung pelajaran hingga peringkat
universiti. Namun, ia tidak bermakna beliau tidak mempunyai ilmu. Kebanyakan
ilmu perolehi semasa beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Disebabkan keadaan yang kurang kemampuan beliau membantu
ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjual
di pasar Telok Wanjah dan masa yang sama beliau menjual roti canai di pasar
yang sama. Sewaktu masa rehat ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya
membuat simpan kira. Selepas waktu rehat, beliau akan memelihara haiwan
peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api di
Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa menjalankan
kerja-kerja tersebut.
Pada tahun 1970an, perniagaan binatang ternakan bapanya
mengalami kemerosotan ekoran tercetus wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak
ke seluruh selantan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua ternakan mati begitu
sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar ambil alih perniagaan bapanya dan
membuat keputusan untuk tidak lagi libat diri dalam bidang penternakan. Beliau
mula menjual daging secara kecil-kecilan.
Beliau pergi dari pecan ke pecan di sekitar Alor Setar
bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau juga membungkus daging itu
bersama ais dan menjualny kepada peniaga Bumiputera dan restoran di sekitar
Alor Setar. Beliau Berjaya dalam perniagaan itu dan manambah keyakinan untu
kmaju dalam dunia perniagaan. Selepas
perniagaan menjual daging, beliau menceburi perniagaan pengangkutan. Pada tahun
1972, beliau Berjaya mendapat permit empat buah lori Kelas A dan mendapat
bantuan pinjaman sebanyak RM 110,000 daripada MARA bagi membeli dua buah lori
Mercedes 911LS.
Seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang baki dua
permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan
permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, beliau
membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan
melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya.
Pada tahun 1974, Tan Siri Syed Mokhtar membeli rumah
kedainya yang pertama di Jalan Telok Wanjah di bawah perjanjian sewa beli
dengan Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau
menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lessen perdagangan beras daripada Lembaga
Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Dia berjaya mendapat kontrak
bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam
Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Perbadanan Kamajuan Ekonomi Negeri Johor.
Perniagaan terus berkembang kepada komoditi lain iaitu
gula. Melalui Bukhary Sdn Bhd pendapatan tahunan Bukhary Sdn Bhd mencecah RM
250,000. Setelah setahun menjalankan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL)
Sdn Bhd pada tahun 1977. Ia ditubuh khas untuk mendapat kontrak kerajaan yang
pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary
(KL) Sdn Bhd dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga
dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuah hasil juga.
Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri
Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn Bhd pada tahun 1979. Syarikat itu juga
adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51% kepentingan
dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk dipasarkan
dengan jemana Fernleaf dan Anchor.
Strategi Tan Sri Syed Mokhtar semasa tahun 1978, beliau
dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China.
Semasa berada di China, beliau menjalankan sistem barter dengan menukar kokonya
dengan the dari China. Perbezaannya sistem barter sekarang dijalankan secara
besar-besaran atau pukal.
Ekoran kejayaannya mendapat kontrak pakaian seragam
tentera bagi pihak Kementerian pertahanan. Kontrak itu adalah membekal 120,000
pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Beliau mula mencari pembekal
setelah mendapat kontrak tersebut. Pada mulanya, beliau membeli secara terus
daripada pengilang. Setelah itu, beliau membuat keputusan menubuhkan dua buah
syarikat iaitu Amtek Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Ia
merupakan syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang
Prai.
Sehingga perniagaan pakaian masih tidak cukup, beliau
juga bergiat dalam kegiatan perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari
Shipping dan mendaftarkan dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping
bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari
Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia
28 tahun pada harga USD1 juta. Kapal diberi nama Angsa Mas digunakan bagi
mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walaupun mengalami
kerugian menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD 600,000,
terpaksa menanggung kerugian sebanyak USD 400,000.
Pada masa yang sama, beliau mula mambabitkan diri dalam
sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa projek perumahan di bawah
syarikat Bukhary Development.
Beliau juga terlibat dalam projek penswastaan Johor Port
Sdn Bhd dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui
tender pada harga RM 330 juta. Johor Tenggera Oil Palm Sdn Bhd pula dibelinya
pada RM 135 juta. Melalui syarikat ini beliau berjaya dalam projek Pelabuhan
Tanjung Pelepas. Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana
beliau menubuhkan Equiventure Sdn Bhd. Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd serta
syarikat Perancis Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah
49%.
Setelah itu, beliau membeli MMC Corporation iaitu
syarikat kejuteraan pada harga RM 3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad
(PNB). Tan Sri Syed Mokhtar memiliki 22.7% pegangan dalam Malakaoff Berhad
iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20% pegangan IJM Corporation Berhad di
mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. 18% dalam BERNAS dan 32% dalam
Pernas International Holdings Berhad. Manakala 18.7% dalam Fiamma Holdings
Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barabgan elektronik serta 100%
kepentingan dalam MPH syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary adalah untuk
membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga
menggalakkan persefahaman antara peradaban. Ia ditubuhkan pada Mac 1996. Antara
objektif utama adalah menggalakkan persaudaraan sesame Islam. Ia terdiri
daripada dua bahagian di mana satu bahagian menjalankan kerja kebajikan
manakala satu lagi bahagian menguruskan dana daripada setiap syarikat Tan Sri
Syed Mokhtar.
Antara projek
tang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary bernila RM 400 juta di
Kedah. Kompleks itu bermain peranan dengan menyediakan pelbagai kemudahan
seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, wumah anak yatim, akademi khas
bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary
mendermakan sejumlah RM 7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies,
pusat pengajian Islam yang terkenal di dunia. Ia juga membantu Institut
Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Intitut
Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Tan Sri Syed
adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang
bernilai RM 1.67 bilion.
Subscribe to:
Posts (Atom)